Menjelang Kiamat

RM35.00

Description

Menjelang Kiamat merupakan terjemahan daripada salah satu risalah dalam Siri Kuliah Risale-i Nur karya Bediuzzaman Said Nursi. Risalah ini berasal daripada tajuk asal أشراط الساعة (Ashrāṭ al-Sā‘ah) yang bermaksud Tanda-Tanda Kiamat.

Buku ini mengupas pelbagai persoalan penting berkaitan peristiwa akhir zaman berdasarkan hadis-hadis sahih, disertai huraian dan pentakwilan yang mendalam oleh Bediuzzaman Said Nursi. Antara topik utama yang dibincangkan ialah falsafah di sebalik berlakunya kiamat serta hikmah mengapa tarikh sebenar kiamat dirahsiakan oleh Allah SWT.

Keistimewaan buku ini terletak pada perbahasannya yang sangat mendalam mengenai fitnah Dajjal, iaitu fitnah terbesar yang bakal dihadapi manusia menjelang akhir zaman. Pelbagai persoalan yang sering menimbulkan kekeliruan dijelaskan secara ilmiah, antaranya:

  • Tafsiran syurga dan neraka Dajjal.
  • Maksud dakwaan ketuhanan oleh Dajjal.
  • Mengapa fitnah Dajjal disifatkan setanding dengan dahsyatnya neraka Jahannam.
  • Mengapakah kemunculan Dajjal dan al-Sufyani dikaitkan dengan wilayah Syam dan Semenanjung Arab.
  • Maksud “sehari Dajjal” yang mempunyai tempoh luar biasa seperti disebut dalam hadis.
  • Bagaimanakah seluruh dunia dapat mengetahui kemunculan Dajjal serta kepantasan pergerakannya.
  • Mengapakah gelaran al-Masih diberikan kepada Nabi Isa A.S. dan juga kepada Dajjal.
  • Mengapa Allah SWT mengizinkan Dajjal memiliki kemampuan yang luar biasa.
  • Perbahasan mengenai Ibn Sayyad serta kaitannya dengan Dajjal.
  • Hubungan Surah al-Tin, Surah al-‘Alaq dan kemunculan Dajjal dari Khurasan.

Selain itu, buku ini turut membincangkan beberapa isu penting berkaitan akhir zaman, antaranya:

  • Kemunculan al-Mahdi.
  • Pertambahan populasi wanita menjelang kiamat serta faktor-faktor yang menyumbang kepada fenomena tersebut.
  • Hikmah dan rahsia di sebalik pelbagai tanda besar kiamat.

Menariknya, salah satu pentakwilan Bediuzzaman Said Nursi yang dihuraikan dalam buku ini telah dijadikan fokus penyelidikan di peringkat pascasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan berjaya memperoleh pengiktirafan sebagai tesis cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa pendekatan yang diketengahkan bukan sahaja mempunyai nilai ilmiah yang tinggi, malah turut mendapat perhatian dalam dunia akademik. Salah satu artikel berkaitan penyelidikan tersebut adalah mengenai  Plot Pergerakan Dajjal Setelah Kemunculannya dan boleh diakses melalui pautan berikut: https://www.ukm.my/ancor/wp-content/uploads/2016/09/ICAMW_Titik-Pergerakan-Dajjal-secara-Geografi-Tafsiran-Risale-i-Nur.pdf

✨ Kenapa Beli Dengan Kami?

  • Belian terus daripada penulis dan penterjemah buku

  • Buku berautograf asli
  • 10% off bagi setiap ahli Kelab Al-Quran Al-Karim

Selain pembelian secara dalam talian, anda juga boleh mendapatkan naskhah fizikal buku ini secara terus (walk-in) di Pejabat Kelab Al-Quran Al-Karim beralamat berikut:

Pejabat Al Quran Al Karim
Teratak Sinaran,
Lot 116506, Jalan Desa Sinaran,

Jenderam Hilir,
43600, Dengkil, Sepang,
Selangor

Additional information

Weight 0.2 kg
Dimensions 14 × 1 × 22 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menjelang Kiamat”

Your email address will not be published. Required fields are marked *