Description
Pintu Ijtihad Masih Terbuka!
Benar, para fuqaha telah bersepakat bahawa pintu ijtihad tidak pernah tertutup. Namun, menjadi seorang mujtahid bukanlah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi pada zaman yang sarat dengan pelbagai fitnah, kekeliruan pemikiran dan pertembungan ideologi.
Atas sebab itu, umat Islam perlu lebih berhati-hati dalam menerima dakwaan ijtihad. Hari ini muncul golongan yang mendakwa mampu berijtihad, sedangkan hakikatnya didorong oleh hawa nafsu, kepentingan tertentu atau tunduk kepada arus kebatilan.
Bagi memurnikan kembali konsep ijtihad, dunia Islam perlu mengangkat kepentingan ijtihad secara kolektif melalui sebuah Majlis Syura Sedunia, berbanding membiarkan ijtihad individu yang mempunyai keterbatasan dari sudut kewibawaan dan keluasan ilmu.
Terjemahan ini menghimpunkan pandangan bernas al-Imam Bediuzzaman Said Nursi mengenai isu ijtihad. Di samping menjelaskan kedudukan sebenar ijtihad pada zaman moden, karya ini turut menjawab pelbagai dakwaan yang mengelirukan tentang kemuliaan para Sahabat Rasulullah SAW serta menghuraikan perbezaan antara roh ijtihad yang diamalkan oleh para ulama terdahulu dengan realiti ijtihad pada masa kini.
Sebuah karya penting bagi sesiapa yang ingin memahami hakikat ijtihad menurut perspektif Ahli Sunnah wal Jamaah serta cabaran pelaksanaannya dalam dunia Islam kontemporari.
✨ Kenapa Beli Dengan Kami?
-
Belian terus daripada penulis dan penterjemah buku
- Buku berautograf asli
- 10% off bagi setiap ahli Kelab Al-Quran Al-Karim
Selain pembelian secara dalam talian, anda juga boleh mendapatkan naskhah fizikal buku ini secara terus (walk-in) di Pejabat Kelab Al-Quran Al-Karim beralamat berikut:
Pejabat Al Quran Al Karim
Teratak Sinaran,
Lot 116506, Jalan Desa Sinaran,
Jenderam Hilir,
43600, Dengkil, Sepang,
Selangor
Additional information
| Weight | 0.2 kg |
|---|---|
| Dimensions | 11 × 1 × 20 cm |






Reviews
There are no reviews yet.