Peluncuran Website Kelab Al-Quran Al-Karim 2026
Satu lagi pencapaian baharu Kelab al-Quran al-Karim dalam mendepani cabaran teknologi maklumat yang semakin dinamik ialah pelancaran laman sesawang bersepadu (one-stop website) yang menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk pendaftaran keahlian secara dalam talian.
Dalam majlis tersebut, penerangan mengenai fungsi dan cara penggunaan laman sesawang ini telah disampaikan oleh Ir. Hj. Azhar Appandi, sebelum majlis pelancarannya disempurnakan oleh Pengerusi Kelab al-Quran al-Karim, Prof. Madya Dr. Ibnor Azli Ibrahim. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada orang ramai untuk menyertai keahlian kelab secara lebih mudah dan pantas melalui platform digital yang disediakan.
Di samping itu, syiar Kelab al-Quran al-Karim turut diberikan nafas baharu melalui usaha penjenamaan semula yang menampilkan reka bentuk, gaya dan warna yang lebih segar, ceria serta bertenaga. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuhkan identiti kelab, malah meningkatkan daya tarikan serta keterlihatan kelab dalam kalangan masyarakat selaras dengan perkembangan semasa.
Sehubungan itu, Kelab al-Quran al-Karim dengan penuh kesyukuran dan harapan besar menjemput serta mempelawa seluruh pembaca untuk menjadi sebahagian daripada keanggotaan kelab ini. Penyertaan anda bukan sahaja membuka peluang untuk bersama dalam pelbagai program ilmiah dan dakwah, bahkan turut menyumbang kepada usaha memperkasa syiar al-Quran dalam masyarakat secara lebih meluas dan berterusan.
